top of page

PUAN ROSITA BINTI MANAS
(Pengetua SMKTD)

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah kurniaNya kita warga Taman Daya School (TDs) dapat terus berjuang untuk meningkatkan kecemerlangan TDS dalam berbagai bidang terutamanya dalam memperkasakan laman web TDs ini. Bagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa laman web TDs memperkenalkan program tersebut dan kejayaan jawatankuasa ini memperluaskan maklumat melalui laman web dan memberikan maklumat yang meluas kepada masyarakat yang ingin tahu perkembangan yang berlaku di TDs. Kepada ibu bapa dan warga TDs, mereka diharuskan sentiasa menggunakan laman web TDs untuk memperluaskan maklumat tentang perkara yang berhubung dengan perkembangan sekolah dan juga boleh digunakan untuk membantu pihak sekolah dalam memperkasakan akademik, kokurikulum, kepimpinan pelajar dan lain-lain. Hasil daripada kewujudan laman web ini, ia akan merangsang kepada guru-guru, warga sekolah dan pelajar akan terus menggunakan berbagai-bagai teknologi baru dalam memperkembangkan maklumat-maklumat semasa terutama dalam penggunaan internet. Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga TDs, hendaklah terus menggunakan laman web ini untuk menambahkan maklumat dan bertukar pandangan dalam meluaskan maklumat semasa, dan Al-Quran sendiri telah menyebut penggunaan besi (teknologi) untuk membantu manusia menggunakannya dalam membangunkan tamadun dunia yang berkembang dengan cepat sekali.

 

Sekian, terima kasih.

Jan 2016

bottom of page