top of page

SEJARAH SMK TAMAN DAYA

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya berada di tengah-tengah kawasan perumahan Taman Daya. Keluasan kawasan sekolah ini ialah12.054 ekar. Jarak antara sekolah ini dengan Bandaraya Johor Bahru ialah kira-kira 19 kilo meter. Sekolah ini mula dibuka secara rasmi pada 4 Disember 1995. Pada awal pembukaannya, Sekolah ini hanya menampung murid-murid yang sebelum itu belajar di Sek. Men. Keb Taman Johor Jaya (1) dan (2), Sek. Men. Keb. Dato’ Jaafar, Sek Men. Keb. Majidee Baru dan Sek. Men. Keb. SRI Tebrau yang tinggal di sekitar Taman Daya, Kangkar Tebrau dan Pandan. Bilangan tenaga pengajar pada masa itu hanyalah 18 orang sahaja. Pengagihan murid-murid bermula dengan 3 buah kelas peralihan,8 buah kelas tingkatan satu dan 7 buah kelas tingkatan dua.

 

          Sekolah ini mempunyai dua buah blok empat tingkat iaitu Blok A dan Blok B, dua buah banggunan dua tingkat iaitu Blok C untuk makmal-makmal Sains dan Blok D untuk bengkel-bengkel Kemahiran Hidup, Menservis Peralatan Elektrik Domestik  serta Rekaan dan Jahitan Pakaian. Sekolah ini turut dilengkapi dewan solat, astaka, kantin, tempat meletak kereta, tempat meletak basikal dan laluan gajah menyusu. Antara kemudahan lain adalah seperti pondok bacaan, bilik bestari, taman sains, laluan pejalan kaki dan sebagainya. Sekolah ini baru dilengkapi dengan makmal komputer yang merupakan bangunan blok dua tingkat yang berantara dengan surau dan astaka. Selama 13 tahun sekolah ini beroperasi sehingga tahun 2008.Banyak sejarah pahit dan manis yang dialami oleh warga SMKTD.Sekolah ini telah dipimpin oleh 6 orang pengetua yang berdedikasi dan berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai segi.Pada mulanya,sekolah ini adalah sekolah harian biasa dan dinaiktaraf menjadi sekolah bestari.

 

        Pada tahun 2004,sekolah ini telah mendapat kepercayaanoleh pihak kementerian pendidikan untuk mengendalikan tingkatan 6.Aliran yang diambil oleh pelajar tingkatan 6 ialah aliran sastera.Selepas 4 tahun tingkatan 6 diadakan,kira-kira 60 orang telah menjejakkan kaki ke menara gading.Pihak sekolah berharap agar mereka akan menjadi tenaga pengajar SMKTD pada suatu hari nanti. Pada tahun 2008, sekolah ini sekali lagi mendapat kepercayan dan amanah dari pihak kementerian untuk mengendalikan Kelas Rancangan Khas (KRK).KRK diadakan untuk pelajar cemerlang dalam UPSR akan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 KRK.Setakat ini terdapat kira-kira 87 orang murid yang terlibat dengan KRK di SMKTD.

bottom of page